Lazat!

07 March 2012

Kelahiran semula : OAG

Waktu aku remaja dulu, band OAG merupakan salah satu band favourite aku. Di saat time tu, muzik semua bergenre rock kapak, punk rock dan sebagainya, band ini berani tampil dengan imej yang bersahaja dengan genre yang begitu radio friendly. Lagu-lagu seperti 60s TV, Sweet FA, Creepy Crawlies dan lain-lain menjadi siulan di kala itu.

Melody Mockers - salah satu album aku ada dulu
Lagu-lagu mereka sangat melankolik dan membuatkan anda seolah berada keadaan terawang-awangan di alam maya. Radhi OAG (Radhi) merupakan front man untuk band OAG sehingga saat ini walhal line up band OAG sering bertukar-tukar mengikut album dan masa. Band ini memulakan pasaran muzik mereka dengan lagu 'all english'... ia dianggap sangat cool kerana tidak banyak band Malaysia yang berani tampil dengan album sebegitu dahulu. Antara album terkenal mereka ketika itu adalah Old Automatic Garbage (1994), EP 67 (1997) dan Melody Mocker (1999).

OAG juga mula menampilkan debut album berbahasa Melayu mereka menerusi album Opera Rahi-o Friendly (2002). Antara single yang meletup adalah Slumber, Stanza dan Biru. Ia merupakan eksperimen kepada pasaran di industri muzik Malaysia dan ia ternyata diterima baik oleh para peminat. Oleh kerana ia berjaya menarik minat para pendengar, OAG tampil lagi dengan lagu-lagu bahasa Melayu menerusi album Satelit Ink (2003), OrAnG (2005) dan Keunggulan Permysuri (2006).

Satelit Ink - Album favourite aku

Kemudian, band ini jatuh. Masalah demi masalah menimpa kepada band ini terutamanya pada Radhi sendiri. Beliau yang sudah berkeluarga pada ketika itu bercerai dengan bekas isteri beliau disebabkan ketagihan dadah yang berat. Kuatnya pengaruh dadah sehingga beliau terpaksa ditinggalkan rakan-rakan band yang lain. Rumours mengatakan sebab utama rakan-rakan band ini meninggalkan beliau adalah kerana perlakuan dan tingkah laku Radhi sendiri terhadap mereka dan orang ramai. Kemudian pada Januari 2011, beliau nekad untuk berubah dengan memandu sendiri ke Pengasih (Pusat Sahabat Pengasih) untuk mendapat rawatan dan berhijrah ke arah yang lebih positif.

Kini sudah 6 tahun OAG tidak tampil dengan material yang baru, dan Radhi sudah setahun berada di Pengasih dan kini....



OAG sudah kembali. Kini mereka tampil dengan wajah dan single yang terbaru iaitu "Si Pengasih Muda". Band OAG baru yang direkrut oleh Radhi ini terdiri daripada pelajar-pelajar ASWARA. Lagu Si Pengasih Muda adalah lagu yang diinspirasikan oleh Radhi ketika berada di Pengasih. Mereka semua kini dikatakan berada di studio di Pengasih untuk merakamkan full album mereka. So nantikan kemunculan semula mereka !

"Saya sudah tidak seperti dahulu" - Radhi OAG
Di bawah ini adalah video tidak rasmi mereka menyanyikan lagu Si Pengiseh Muda versi akustik. Enjoy!



p/s: Semua orang buat kesalahan yang akhirnya akan menyedarkan mereka suatu hari. Yang penting bagaimana nekadnya untuk terus berubah dan 100% tinggalkan kesalahan yang lalu. So, jauhi lah diri dari dadah kerana dadah mampu menghancurkan hidup dan karier.

Support Radhi ! Menurut kata beliau semasa membuat solo show di ASWARA, "Music is my DRUGS.. I don't need DRUGS to play music"... Go Radhi... Show the world you've changed!

No comments:

You May Want To Watch This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's Interact!

me>

Flex FM Live!!